Monday, 4 March 2013

Terma dan syarat.

Pakej:
1.Harga pakej adalah tetap.
2.Harga tidak termasuk caj bagi tugasan di luar kawasan lembah klang.
3.Pertukaran pakej adalah tidak dibenarkan bagi pelanggan yang telah membayar deposit kecuali bagi pakej yang lebih tinggi harganya dari pakej asal.
4.Pelanggan boleh memohon untuk mengubahsuai pakej mengikut budget , hanya setelah dipersetujui oleh pihak Shutter Shooters Photography.

Caj Luar Kawasan (Mileage & Penginapan) *sekiranya ada.
1.Caj ini merangkumi petrol/mileage mengikut kilometer,tol semasa dan penginapan(sekiranya berkenaan).
2.Caj ini boleh dirunding mengikut kadar semasa.

Tempahan
1.Tempahan boleh dibuat antara 1 hingga 5 bulan sebelum majlis dan tertakluk kepada kekosongan tarikh tersebut.
2.Tempahan dikira rasmi dan resit akan dikeluarkan selepas deposit diterima.
3.Baki pembayaran hendaklah dibuat selepas album siap, sebelum atau semasa penghantaran album(sebelum penghantaran sekiranya melibatkan urusan penghantaran melalui pos/kurier).
4.Tarikh tempahan tidak boleh ditukar melainkan terdapat kekosongan pada tarikh yang dikehendaki.

Deposit dan Bayaran
1.Deposit adalah sebanyak 50% dari harga penuh pakej.
2.Sekiranya KLIEN MEMBATALKAN TEMPAHAN selepas deposit dibayar, depositTIDAK AKAN DIPULANGKAN dan dikira hangus.
3.Deposit boleh dibayar tunai (by hand) atau (online transfer).
4.No. akaun akan diberi setelah pelanggan bersetuju dengan pakej yang dikehendaki.
5.Pelanggan disarankan menggunakan Maybank2u bagi urusan pembayaran secara online bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan.
6.Shutter Shooters Photography berhak menahan penghantaran album bagi kelewatan menyelesaikan pembayaran baki.

Foto
1.Proses dan cara suntingan gambar adalah tertakluk kepada gaya Shutter Shooters Photography.Pelanggan boleh memberi cadangan untuk ini tetapi Shutter Shooters Photography berhak menolak sekiranya ia bercanggah dengan gaya, rekabentuk dan stail Shutter Shooters Photography.
2.Semua foto pelanggan adalah hakmilik Shutter Shooters Photography dan kami berhak menggunakannya dalam portfolio atau untuk sebarang tujuan promosi.
3.Semua foto pelanggan adalah hakmilik mutlak pelanggan Shutter Shooters Photography .Anda berhak menggunakan gambar-gambar yang telah diedit sahaja sama ada untuk dimuat naik ke laman web/blog/Facebook/laman sosial yang lain/memasuki pertandingan . Kami akan bersukacita sekiranya pelanggan memberi kredit kepada Shutter Shooters Photography di laman web/sosial tersebut. Utk tujuan reprint/ulang cetak, pelanggan bebas mencetak mana-mana gambar yang dikehendaki.
4.Softcopy gambar-gambar pelanggan akan disimpan oleh pihak kami selama tempoh maksimum 3 bulan dari tarikh majlis.Sekiranya salinan softcopy gambar-gambar dalam simpanan pelanggan hilang/rosak, sila kemukakan permohonan untuk salinan baru dalam tempoh tersebut sahaja.

Album dan Penghantaran
1.Tempoh menunggu ialah sekurang-kurangnya 30 hari dari tarikh majlis dan mengikut giliran pengantin.
2.Sekiranya album telah siap dan pelanggan gagal/lewat membuat bayaran baki, Shutter Shooters Photography akan mengenakan caj penyimpanan album sebanyak RM15 per minggu(5 hari bekerja).
3.Kelewatan penghantaran akan dimaklumkan kepada pelanggan dan sekiranya kelewatan tidak dapat dielakkan dari pihak Shutter Shooters Photography lebih dari 14 hari bekerja, pihak kami akan memberikan saguhati berupa 1 keping gambar bersaiz 11R beserta dengan frame bernilai RM100.00 kepada pelanggan.
4.Penghantaran adalah by hand bagi daerah sekitar lembah klang.Bagi pelanggan di luar kawasan lembah klang, anda digalakkan mengambil sendiri album .Jika memerlukan khidmat pihak kami untuk penghantaran, caj mileage (petrol) akan dikenakan.Perkhidmatan poslaju atau kurier juga boleh dibuat

(mengikut kadar semasa) bagi pelanggan di luar daerah lembah klang.


Best Regard's,Family Shutter Shooters

No comments:

Post a Comment