Kami sebagai photographer majlis perkahwinan, mengalami pelbagai situasi di majlis akad nikah dan perkahwinan. Antara slot dan sesi yang sering kami shoot ialah di mana pengantin bersolat Sunat sesudah nikah.
Ada pengantin lelaki yang bersolat bersendirian. Ada juga yang bersolat berjemaah bersama pengantin perempuan. Di dalam situasi ini, ada beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian. Kami tahu dan yakin bahawa pengantin faham berkenaan posisi imam dan makmum perempuan di dalam solat berjemaah dan juga kami tahu bahawa pengantin juga memahami pakaian yg sesuai yang boleh di bawa solat. Cuma ketika situasi itu, sebagai manusia biasa..berlaku kesilapan di tambah dengan hati yang berdebar-debar selepas nikah. Jadi agak terlepas pandang akan hal ini:
1) KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM PEREMPUAN
Imam ( lelaki) berada di bahagian hadapan pengantin perempuan. Manakala makmum perempuan betul- betul di belakang.
Bagaimana jika di tempat sempit?
Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya. Tempat yang sempit, di maafkan. Berusahalah menyusun saf makmum perempuan di belakang imam semampunya.
Terkadang berlaku kesilapan kerana PA pengantin yang tersilap membentangkan sejadah. Dan pengantin yang sedang "nervous" tidak sempat berfikir, lalu solat.
Jadi, perkara ini juga harus di ambil perhatian oleh PA pengantin dan jika photographer mempunyai sedikit asas ilmu, eloklah juga di bantu memberikan cadangan posisi solat.
Jangan risau, kedudukan ini bukanlah syarat sah dan wajib solat. Solat itu sah. Cuma posisi yang betul sebagai menjaga adab dalam solat berjemaah.
2)PAKAIAN SOLAT.
Untuk pengantin lelaki, insyaAllah pakaiannya boleh terus di bawa solat.
Bagaimana pula dengan pengantin perempuan? Adakah perlu memakai telekung kerana syarat sah solat adalah menutup aurat?
A. Jika pengantin perempuan seorang muslimah dan berpakaian menutup aurat, alhamdulilah. Tidak perlu lagi pengantin perempuan memakai telekung. Pengantin boleh terus solat dengan pakaian itu. Pastikan memakai sarung kaki dan pastikan berwudhuk.
B. Jika pakaian pengantin perempuan tidak memenuhi syariat, contohnya pakaian yang jarang, ketak, tudung yang tidak di labuhkan, eloklah kiranya pengantin memakai telekung.
© COPYRIGHT WARNINGS : Please take note, that all photography is copyrighted to Shutter Shooters Photography and the pictures and can only be used with strict permission from shutter shooters Photography. It is not allowed to download, to store, to copy, to reproduce, to use or to modify the images in any way, alone or in any other contact, without an advance written permission of Shutter Shooters Photography.
No comments:
Post a Comment